Wednesday 25 May 2011

BORANG PESANAN



E-mail Address: *
Nama: *
Alamat:
No Tel:
Kuantiti Pembelian: *
Cara Bayaran:Maybank
Ambil Sendiri
Kemusykilan:

* RequiredCreate Email Forms

Monday 23 May 2011

Genius Booster- Perangsang Minda Genius

Pilihan Golongan Bijak

DIJAMIN PASTI PUAS HATI DENGAN GENIUS BOOSTER
GENIUS BOOSTER merupakan salah satu produk kesihatan minda keluaran dan diformulasi oleh Dr Azman Hj Mohamad Tahir.Mengandungi remedi-remedi terpilih, khas untuk meningkatkan kecerdasan mental dan kecergasan tubuh badan.  formula khas Dr Azman ini berfungsi untuk memaksimumkan sistem-sistem tubuh badan  yang bersangkut paut dengan otak, seperti sistem saraf pusat (C.N.S),Sistem  pengaliran darah dan panca indera seperti mata, telinga,lidah,kulit dan sebagainya. Kekurangan garam mineral juga akan menyebabkan sistem tubuh badan kita kurang berfungsi, apabila kurang berfungsi ia akan mengakibatkan tubuh badan kita menjadi lesu, malas, sukar untuk berfikir, gagap, darah gemuruh dan sebagainya. Terlalu banyak sistem tubuh badan kita yang terlibat dalam proses pembelajaran dan pekerjaan. sekiranya salah satu tidak berfungsi dengan baik, maka bahagian-bahagian lain juga turut terjejas.

Genius Booster merupakan perangsang minda yang berpotensi tinggi khas untuk golongan profesional yang banyak menggunakan otak dan mental dalam kerjaya mereka. Baik untuk meningkatkan ketajaman fikiran, daya tumpuan,daya ingatan, IQ, EQ, dan SQ, dapat mengawal tahap emosi, sentiasa cergas ,cerdas, pintar, petah dan kreatif.

Terdapat banyak faktor-faktor penting lain yang perlu kita ada sekiranya ingin menjadi seorang pelajar atau pekerja yang 
cemerlang. Contohnya seperti penumpuan fikiran, perhatian,pemahaman dan  sebagainya. Bukan hanya kepada pelajar atau pekerja, golongan-golongan lain seperti usahawan, ahli politik dan mereka yang banyak mengunakan akal fikiran untuk memerah idea-idea bernas atau ketika berkomunikasi juga memerlukan faktor-faktor tersebut.

 Apakah Kandungan Istimewa Genius Booster

Antara kandungan istimewa yang terdapat didalam Genius Booster ialah:-

Kalium Phosphoricum-   Remedi homeopati yang terkenal sebagai tonik atau baja otak dan saraf, khasiat yang amat besar sebagai penjana mental dan penguat daya pemikiran sangat diperlukan bagi yang menghidapi stress, insomnia, kemurungan, panas baran,dan emosional. Kali Phos juga sangat membantu bagi pesakit kanser bagi menurunkan dan menghalang pertumbuhan sel-sel kanser yang bahaya (malignant).

Ferum Phosphoricum -  Remedi yang mengalakkan penghasilan dan penyerapan zat besi dan sel darah merah (hemoglobin),bertugas membantu mengagihkan oksigen dan tenaga keseluruh tubuh.Sangat diperlukan untuk mengatasi masaalah radang (inflamation), demam dengan suhu tinggi, anaemia, kekurangan zat besi, tekanan darah rendah dan sebagainya.

Magnesium Phosphoricum - Remedi ini merupakan nutrien penting pagi masaalah otot, saraf, ligamen yang membantu mengendurkan sebarang ketegangan (tension), Panas Baran, Stress, emosional, kekejangan (Cramp), rasa sakit menyucuk, sakit perut, kesakitan semasa haid, senggugut, memudahkan bersalin dan seumpamanya.

Calcarea Phosphoricum - Remedi ini memainkan peranan penting dalam pertumbuhan sel dan tisu darah yang baru, menguatkan tulang,gigi sangat diperlukan bagi masaalah penghadaman, tulang retak, reput atau patah, kanak-kanak sedang membesar, pertumbuhan gigi, proses akil baligh, proses mengandung.

Natrium Phosphoricum - Remedi yang mengatur keseimbangan asid dan alkali dalam sel tubuh, masaalah gangguan penghadaman, gastrik. darah tinggi, diabetis, hepatitis, gout, rheumatisme dan sebagainya.

Anacardium -  Remedi yang memainkan peranan besar dalam mengaktifkan daya kekuatan ingatan (memory), daya konsentrasi, kecekapan berfikir dan membuat keputusan, menghilangkan was-was dan ragu, mengatasi perasaan dua kehendak dalam satu tubuh, alzheimeir dll.
 Acidum Phosphoricum- Remedi penting dalam menghasilkan tenaga dan kekuatan fizikal dan mental, membantu penghasilan cecair tenaga dalam tubuh, mengatasi kemurungan, putus cinta, rendah diri, keletihan yang keterlaluan, rambut beruban sebelum masanya, nyanyuk, impotensi dan sebagainya.

Ginko Biloba - Tonik saraf yang paling meluas digunakan diseluruh dunia, penguat daya kecergasan fizikal dan kecerdasan mental, memainkan peranan penting dalam penghasilan sel-sel baru dan kekuatan sistem pertahanan tubuh.
Hydrocotyle - Tonik saraf yang terkenal di asia, dikenali sebagai pegaga di malaysia, digunakan secara meluas sejak berkurun-kurun lama sebagai tonik otak, berkesan membuang toksin dan membantu penghasilan sel-sel baru dan tonik awet muda.

Semua bahan diatas telah diekstrak untuk di ambil patinya dan diproses secara potentais mengikut kaedah homeopati untuk membuang segala unsur racun yang mungkin tertinggal, dan menguatkan kuasa penawarnya agar lebih berkesan walaupun diambil dalam kuantiti yang sedikit. oleh itu maka ubat- ubatan homeopati adalah selamat diambil oleh setiap golongan umur walaupun dalam kuantiti yang banyak sekalipun.





RM30(biasa Rm45)
Tawaran pada harga di atas hanya untuk bulan Jun 2011 sahaja

OTAK MANUSIA
Para penyelidik otak seperti Dr. Roger Sperry dan Dr. Robert Orstein mendapati bahawa otak manusia terbahagi kepada dua bahagian, digelar otak kiri dan otak kanan. Kedua-dua bahagian otak ini mempunyai tugas atau fungsinya tersendiri. Otak kiri berfungsi dalam mengingati ilmu, data dan fakta; menggunakan fikiran logik, bahasa, matematik, menganalisa, berfikir mengikut urutan dan lain-lain kegiatan yang berbentuk akademik. Otak kana pula melibatkan imaginasi, khayalan, berfikir secara kreatif, irama, emosi, ilham, intuisi, gerak hati, warna, muzik, berfikir secara keseluruhan dan lain-lain aktiviti yang seumpama dengannya.

Kaedah pendidikan di kebanyakan sekolah di seluruh dunia pada hari ini menekankan penggunaan otak kiri sahaja. Pengabaian fungsi otak kanan menyebabkan ia menjadi semakin tumpul dari hari ke hari. Faktor ini mengakibatkan ramai manusia tidak dapat mengecapi keistimewaan yang dinikmati oleh individu-individu yang memiliki otak kanan yang kuat. Walaubagaimanapun, otak kanan yang kuat menjadi kurang bermakna jika kita memiliki otak kiri yang lemah. Jadi kita perlu meningkatkan fungsi otak kanan tanpa mengabaikan otak kiri.

Diantara keistimewaan yang dikecapi oleh individu yang memiliki otak kanan yang kuat :

   1. Mudah menguasai ilmu kerohanian dan kebatinan.
   2. Daya konsentrasinya sangat tinggi.
   3. Kefahaman bahasa yang ulung.
   4. Tidak pernah kering idea.
   5. Kebolehan menghasilkan generalisasi yang tepat dan jitu.
   6. Daya penelitian dan pengamatan yang tinggi.
   7. Mempunyai minat yang mendalam terhadap sesuatu bidang yang diceburi.
   8. Mudah memahami sesuatu yang abstrak (hakikat sesuatu).
   9. Memiliki kekuatan berfikir (power of thinking).
  10. Memiliki kemahiran belajar secara cemerlang (power of learning).
  11. Memiliki tindakan dan tindak balas yang cepat (power of reflects).

Sunday 22 May 2011

DOA-DOA





1.SURAH AL FATIHAH – Doa pembuka kepada segala urusan.

2.SURAH AL ‘ALAQ (Ayat 1 – 5) - Anak kunci segala ilmu.

3.SURAH ASY-SYARH – Untuk melapangkan dan melegakan hati.

4.SELAWAT NABI S.A.W – Doa terang hati. 
Dibaca 11 kali dikala hendak ke sekolah.

5.SELAWAT NABI S.A.W. – Doa terang hati
“Ya Allah restulah dan sejahterakanlah junjugan kami Muhammad hambamu dan pesuruhmu yang ummi dan di atas keluarga dan sahabat baginda semuanya.”

6.SELAWAT NABI S.A.W – Pembuka pintu hati
“Kesejahteraan kemuliaan seluruh bulan sekelilinginya beribu-ribu di atas junjugan pesuruh yang amat tinggi.Ya Allah..Ya Allah. Wahai Pembuka segala ilmu. Wahai Yang Maha Mengetahui segala ilmu. Ya Allah engkau bukakanlah pintu hati kami dengan pembukaan yang sepenuhnya.”

7.WIRID SUPAYA ALLAH REDHA DENGAN USAHA KITA.
Mudah-mudahan tidak menjadi seorang muslim profesional yang munafiq, tidak terikut-ikut sikap orang Nasrani dan Yahudi (Nasihat dari Prof. Ustaz Hashim Yahya, Mufti Selangor)

Radiitu billahi rabba, wabii islaami diina, wabi muhammadin sallallaahu ‘alaihi wasallaam nabiyan wa rasulla.
Telah bersabda Rasul: Barangsiapa yang berkata ketika petang (zikir yang tersebut) Allah tetap akan meredhakannya (Riwayat Tarmizi)

8.DO’A MUDAH FAHAM DAN MUDAH HAFAL
Allahummarzuqna ya Rabbi fahman-nabiyin, wa-hifzal-mursalin, wa-ilhamal-mala-ikatil-muqarrabin fi-afiatin ya arhamar-rahimin.

“Ya Allah! Kurniakanlah kami fahaman para nabidan hafalan para rasul serta mendapat ilham para malaikat yang hampir denganMu juga kurniakanlah kami kesihatan wahai Yang Amat Mengasihani.”

9.DOA SUPAYA MENJADI PAKAR TENTANG SESUATU PERKARA
“Ya Allah, terangkanlah hatiku seperti terangnya hati-hati orang yang arif. Fahamkan aku perkara agama ku.”

10.DO’A MENDAPAT ILHAM ATAU IDEA YANG BAIK
Allahumma alhimni rusydii wa a’idznii min syarri nafsi.
“Ya Allah, berilah aku ilham petunjuk (kecerdasan) dan lindungilah aku dari kejahatan nafsuku.”

11.DO’A KETIKA HENDAK BERSYARAH ATAU BERBAHAS
Rabbisy rahli sadri wa yassirli amri wahlul ‘uqdatan min lisani yafqahu qauli
“Ya Allah! Lapangkanlah dadaku, mudahkanlah pekerjaanku (urusanku) dan lancarkanlah lidahku agar mereka faham pembicaraanku.”

12.DO’A MOHON DITAMBAH ILMU DAN KEFAHAMAN
Rabbi zidnii ‘ilman warzuqni fahman
“Ya Tuhanku, tambahkanlah kepadaku ilmu dan berilah aku kefahaman (pengertian yang baik dan fahaman).

13.WIRID UNTUK MENDAPAT ILMU DENGAN HIKMAH
Ya ‘Aliimu Ilman Hikmah
“Wahai Tuhan Yang Maha Mengetahui Ilmu Yang Berhikmah”

14.WIRID UNTUK PELAJAR
Dibaca selepas solat (7 kali) supaya diberi petunjuk, ilmu, kepakaran yang nyata.

Ya Haadii Ya “Aliimu Ya Khabiru Ya Mubiin.
“Wahai Tuhan Yang Maha Memberi Petunjuk, Wahai Tuhan Yang Maha Mengetahui, Wahai Tuhan Yang Maha Waspada Wahai Tuhan Yang Nyata”
Wirid ini adalah sebahagian dari wirid susunan Ahmad Asrory Al Ishaqy.

15.DOA UNTUK MENDAPAT HIKMAH
Ya ‘Aliimu Allimni Hikmah
“Wahai Tuhan Yang Maha Mengetahui, ajarkanlah aku hikmah”.
(Nasihat dari Ustaz T.M. Fouzy Jumat)

16.DOA KETIKA KEGELAPAN FIKIRAN
Dibaca sewaktu menduduki peperiksaan

Ya Haadi, ihdinii.
“Wahai Tuhan Yang Memberi Petunjuk, tunjuki aku”
Imam Ahmad bin Ali Albunni mengatakan, Nama Allah ini adalah lafaz zikir malaikat Israfil. Apabila kita berada dalam kegelapan fikiran, kita baca doa tersebut, insya-Allah seketika itu juga kita akan memperoleh petunjuk. Boleh juga dibaca seketika sesat jalan.

17.WIRID UNTUK MENJADI BIJAK PANDAI
Ya Rasyidu – Dibaca sebanyak mungkin selepas solat
“Wahai Tuhan Yang Maha Pandai”
Jika kita ingin menjadi orang yang bijak pandai, di samping kuat belajar dan menuntut ilmu pengetahuan dan mengembangkan bakat masing-masing, eloklah bermohon kepada Allah dengan berulangkali berzikir kalimah di atas sebanyak mungkin, semoga akan berjaya.

18.WIRID UNTUK “MELIHAT” YANG DI RAHSIAKAN
Alaa Ya’lamu Man Khalaq Wahuwal Lathiiful Khabiir
“Tidakkah Dia mengetahui apa yang Dia ciptakan, sedangkan Dia Maha Halus lagi Maha Mengetahui”.
Jika dibaca 9 kali ketika hendak tidur dan beristiqamah dengannya, insya-Allah ia akan bermimpi dan melihat dalam tidurnya akan sesuatu yang dikehendakinya. Jika diamalkan selalu insya-Allah akan didorongkan untuk belajar perkara yang akan disoalkan dalam sesuatu peperiksaan. Boleh juga dibaca ketika mengalami suatu masalah dalam pelajaran atau projek.

Selamat Beramal. Boleh dibacakan untuk anak-anak atau minta anak-anak baca doa berkenaan pada masa-masa yang sesuai seperti selepas solat dsb